PAS Gesa Kerajaan Batal Semua Konsert Artis Antarabangsa Atau Ada Bantahan ‘Besar-Besaran’

Politics
26 Aug 2022 • 4:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) membuat satu kenyataan media mendesak agar pihak kerajaan membatalkan semua konsert-konsert ‘hedonisme melampau’ yang akan di adakan oleh artis antarabangsa di Malaysia.

Dia memberitahu seandainya pihak kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan, akan berlakunya bantahan besar-besaran di seluruh negara.

Kenyataan yang dilakukan oleh Ketua Pemuda, Ahmad Fadhli Shaari itu dimuat naik di laman Facebook rasmi Pemuda PAS Malaysia.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen menyokong pandangan Ketua Pemuda dan merasakan ia merupakan tindakan paling bernas untuk dilakukan waktu ini.

image is not available

Sekadar info, sebelum ini ada juga yang mengetengahkan isu tentang selebriti antarabangsa membuat konsert dan antaranya pendakwah Pencetus Ummah (PU) Syed yang meminta agar pihak kerajaan halang satu kumpulan wanita Korea (K-POP) iaitu BLACKPINK hadir ke Malaysia.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

image is not available 6 hari lalu

"Ejen-Ejen Dajjal Makin Rancak!" - PU Syed Minta Kerajaan Larang BLACKPINK Buat Konsert Di Bukit Jalil