PAS Ingatkan Parti Politik Hormati Hak Melayu, Jangan Manipulasi Isu Perkauman Untuk Kepentingan Sendiri

LocalPolitics
6 Feb 2025 • 11:59 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
tuan ibrahim pas

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa semua parti politik di negara ini perlu menghormati hak Melayu bumiputera yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Sinar Harian, beliau turut mengingatkan supaya tiada pihak yang cuba mencetuskan ketegangan dengan memainkan isu perkauman yang boleh menggugat keharmonian negara.

Parti PAS henti mainkan isu perkauman, fokus selesaikan masalah rakyat

image is not available

Negara kita telah merdeka hampir 70 tahun dan rakyat hidup dalam keadaan aman serta harmoni. Sampai masa kita fokus kepada penyelesaian masalah rakyat tanpa melihat dari sudut perkauman – Katanya

Tambahnya, isu kos sara hidup, kemiskinan serta alam sekitar adalah lebih utama berbanding polemik perkauman dan agama.

Peristiwa 13 Mei 1969

image is not available

Terdahulu, Timbalan Presiden Parti Gerakan, Oh Tong Keong mengkritik DAP yang sebelum ini lantang menentang dasar pro-Melayu ketika menjadi pembangkang, tetapi kini berdiam diri dalam kerajaan.

Kenyataannya itu kemudian dibidas Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan yang menuduh Perikatan Nasional (PN) mengamalkan politik perpecahan.

image is not available

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin pula menegaskan bahawa pendirian Gerakan tidak mewakili PN secara keseluruhan.

PN konsisten bergerak dalam kerangka politik Raja Berperlembagaan. Perlembagaan wajib dihormati sebagai asas kontrak sosial dan perpaduan rakyat dipupuk melalui prinsip Rukun Negara – Ujarnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa insiden 13 Mei 1969 perlu dijadikan pengajaran agar politik negara tidak diheret ke arah perpecahan.

#ApaKataOhmedia

Dalam dunia politik ni, manusia sanggup buat apa sahaja demi mengekalkan kuasa dan kedudukan. Bagi Ohmedia, kita jangan terlalu taksub dengan harta perhiasan dunia. Sebaliknya, berpegang semula kepada ajaran Islam dan Sunnah.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


The post

appeared first on

.