'Pas lebih dekat dengan PH' - ADUN Kota Lama

LocalPolitics
25 Nov 2026 • 5:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Pas lebih dekat dengan PH' - ADUN Kota Lama
Hafidzah

KOTA BHARU - Persamaan dari segi dasar dan sejarah kerjasama politik menerusi Pakatan Rakyat menjadi asas kepada pandangan bahawa Pas lebih 'dekat' dengan Pakatan Harapan (PH) berbanding Barisan Nasional (BN).

Naib Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN), Dr Hafidzah Mustakim berkata, agenda pembaharuan yang dibawa PH mempunyai persamaan dengan pendekatan yang pernah dikongsi bersama Pas ketika berada dalam gabungan politik terdahulu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama itu, sejarah kerjasama itu turut memperlihatkan titik persamaan antara kedua-dua pihak.

“Saya rasa (perkara) itu jelas kerana dasar (yang) kita bawa (menjurus kepada) pembaharuan dan (usaha ke arah) mahukan kebaikan.

“Bagi saya, Pas sebenarnya lebih rapat dengan PH. Kita pun pernah bersama dalam Pakatan Rakyat sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Rabu.

Beliau sebelum itu menyerahkan Memo Sempena Hari Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita 2026 kepada Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Bagaimanapun, Hafidzah berkata, sebarang keputusan berhubung hala tuju dan kerjasama politik terpulang kepada setiap parti untuk menentukannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved