Pas mendahului di Parlimen Machang

Politics
19 Nov 2022 • 9:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Proses pengiraan undi di Pusat Penjumlahan Undi P029 Machang setakat jam 8.50 malam Sabtu.

MACHANG - Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal mendahului dengan 8,072 undi di kerusi Parlimen Machang setakat jam 8.50 malam.

Beliau meninggalkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang memperoleh 6,160 undi dan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Rosli Allani Abdul Kadir yang mendapat 1,105 undi.

Sementara calon Parti Bumiputera Malaysia (Putra), Mejar (B) Muhammad Seman memperoleh 36 undi.

Keputusan tidak rasmi itu melibatkan 40 saluran yang dikira.