Pembelian dan penebusan Pas My50, Pas Rapid Kota dan Pas Rapid Kembara melalui aplikasi MyRapid PULSE dan MyRapid Shop akan diberhentikan bermula 31 Disember 2025. Rapid KL mengatakan selepas pembelian pas My50 hanya boleh dilalukan menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet atau di kaunter khidmat pelanggan Rapid KL dan hab-hab bas terpilih.

Untuk pas Rapid Kota dan Rapid Kembara pula, pembelian hanya boleh dilakukan menerusi kaunter khidmat pelanggan Rapid KL dan hab-hab bas terpilih sahaja bermula esok. Dengan pengumuman ini, diharap pelanggan menyedari sokongan pembelian menerusi dua aplikasi MyRapid PULSE dan MyRapid Shop tidak lagi boleh dilakukan.
