Pas pengembara dimansuh buat rakyat Malaysia berkuat kuasa 4 Julai

1 Jul 2022 • 1:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 1 JULAI: Warganegara Malaysia yang pulang semula ke negara ini tidak lagi perlu mengisi pas pengembara dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa Isnin ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kelonggaran itu bagi memudahkan rakyat selain keadaan sistem kesihatan negara yang kini pada tahap baik dan memuaskan.

“Pemansuhan ini akan dibuat secara berperingkat untuk turut memberi kelonggaran kepada kumpulan lain seperti pemegang pas sosial, pas pelajar dan penduduk tetap.

“Buat permulaan, pemansuhan ini hanya terpakai kepada warganegara sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, jelas Khairy, ciri-ciri pas tersebut masih dipaparkan dalam MySejahtera dan ia perlu dilengkapkan pengembara bukan warganegara sebelum memasuki negara ini.

Beliau menambah langkah itu juga membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia membuat pemantauan rapi ke atas penyakit berjangkit lain dari luar negara seperti cacar monyet.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved