Pas Perayauan Prabayar CelcomDigi Kini Lebih Berpatutan – Bermula RM10

TravelSales & Promo
9 Oct 2026 • 12:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pas Perayauan Prabayar CelcomDigi Kini Lebih Berpatutan – Bermula RM10

CelcomDigi memperkenalkan kemudahan perayauan baharu yang dirangka khusus untuk memenuhi gaya hidup pelanggan yang gemar melancong ke luar negara.

Dengan tawaran harga berpatutan, pelanggan prabayar CelcomDigi kini boleh menikmati data perayauan serendah RM10. Perkhidmatan ini turut ditambah baik dengan liputan meluas sehingga 95 destinasi di seluruh dunia melalui rangkaian mudah alih utama. Namun demikian berdasarkan semakan kami, pelan paling murah ini hanya boleh digunakan di negara-negara Asia tertentu seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

Image from: Pas Perayauan Prabayar CelcomDigi Kini Lebih Berpatutan – Bermula RM10

Kemudahan penggunaan juga dipertingkatkan melalui pilihan untuk membuat pratempahan awal Pas Perayauan sehingga 14 hari sebelum berlepas menerusi aplikasi CelcomDigi. Selain itu, pelanggan boleh menikmati Perayauan Pelbagai Destinasi yang merangkumi lokasi popular seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Zon Asia dan seluruh dunia. Lebih mudah lagi, pelanggan boleh terus menggunakan nombor sedia ada tanpa perlu menukar kad SIM atau memasang eSIM.

Image from: Pas Perayauan Prabayar CelcomDigi Kini Lebih Berpatutan – Bermula RM10

Sebagai tambahan, Pas Perayauan RM30 CelcomDigi untuk pelanggan pascabayar kini hadir dengan akses data tanpa had serta perayauan 5G tanpa batasan. Kelebihan lain yang ditawarkan termasuk 30 minit panggilan percuma ke Malaysia dan dalam negara destinasi di samping pengalaman perayauan 5G yang lancar di lokasi yang menyokong teknologi tersebut.

Selain itu, pelanggan pascabayar CelcomDigi yang layak turut boleh menikmati keistimewaan eksklusif seperti potongan harga sebanyak 50% untuk pas perayauan bagi pelan Pascabayar 5G 120 ke atas. Mereka juga boleh memilih pelan perayauan bulanan yang bermula daripada RM20 dengan kontrak atau RM40 tanpa kontrak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved