Pas persoal Selangor wajib pemaju bina rumah ibadat bukan Islam

LocalPolitics
24 Jun 2026 • 1:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pas persoal Selangor wajib pemaju bina rumah ibadat bukan Islam
Ahmad Fadhli

SHAH ALAM - Cadangan garis panduan baharu kerajaan Selangor yang mewajibkan pemaju menyerahkan sekurang-kurangnya 0.6 hektar tanah bagi pembinaan rumah ibadat agama bukan Islam dalam pembangunan baharu berskala besar mencetuskan kebimbangan.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, laporan berhubung dasar itu yang dikaitkan dengan projek pembangunan yang menampung sekurang-kurangnya 5,000 penduduk menimbulkan pelbagai persoalan termasuk aspek perancangan bandar, dasar tanah serta implikasi kos kepada pembeli rumah.

"Ini bukan isu kecil kerana ia melibatkan dasar tanah dan perancangan bandar serta penggunaan aset bernilai jutaan ringgit,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau turut mempersoalkan asas kajian yang digunakan kerajaan negeri dalam menetapkan angka 5,000 penduduk sebagai syarat automatik, selain sama ada komposisi penduduk di kawasan pembangunan telah dikenal pasti lebih awal.

Menurutnya, dasar itu berpotensi memberi kesan rantaian kepada harga rumah apabila pemaju mungkin terpaksa menanggung kos tambahan penyediaan tanah dan kemudahan berkaitan.

"Dalam mana-mana dasar awam yang baik, keperluan mendahului ideologi dan data mendahului sentimen,” ujar beliau.

Beliau menegaskan, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan wajar diambil kira dalam sebarang pertimbangan dasar berkaitan rumah ibadat.

Katanya, rakyat berhak bertanya mengapa dasar itu diwujudkan sekarang serta apakah kajian impaknya terutama ketika masih banyak isu asas seperti perumahan mampu milik, kesesakan lalu lintas dan kemudahan pendidikan belum diselesaikan.

Beliau turut mengaitkan perkembangan itu dengan cadangan Rang Undang-Undang Perancangan Bandar dan Desa (RUU URA) yang sedang menunggu bacaan kali kedua di Parlimen.

Terdahulu, media melaporkan, kerajaan Selangor menetapkan dasar kepada pemaju projek perumahan baharu dengan mewajibkan penyerahan sebidang tanah minimum bersaiz 0.6 hektar untuk diwartakan sebagai tapak rumah ibadat bukan Islam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved