Pas pertahan status qou di Kelantan

Politics
23 Apr 2023 • 2:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Amar

TUMPAT - Pas akan mempertahankan status qou apabila bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi mereka sebelum ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, lapan kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini akan ditandingi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Kita guna formula sebagaimana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu di mana Parlimen yang dimenangi BN diserahkan kepada Bersatu untuk bertanding.

"Keputusan ini telah dicapai hasil pertemuan dan perbincangan yang dijalankan sebelum-sebelumnya. Jika akan perubahan selepas ini akan dimaklumkan semula," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Menteri Besar Kelantan di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu, di sini pada Ahad.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar berkata, persiapan Pas untuk PRN sudah berada pada tahap maksimum.

Menurut beliau, Pas sudah mempunyai senarai nama yang akan diangkat sebagai calon pada PRN nanti.

"Senarai nama itu akan ditapis dan keputusan akhir diputuskan oleh Menteri Besar," katanya.