PAS Sahkan Bakal Teraju Perikatan Nasional

LocalPolitics
2 Jan 2026 • 6:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PAS Sahkan Bakal Teraju Perikatan Nasional

MARANG, 2 Jan (Bernama) — Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan parti itu akan menerajui Perikatan Nasional (PN) susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi berkuat kuasa semalam.

Beliau berkata mesyuarat mengenai calon pengerusi PN baharu akan berlangsung minggu depan yang dijangka turut dihadiri pemimpin Bersatu.

“Mesyuarat itu nanti akan bersama-sama Bersatu. (Pemimpin) yang letak jawatan itu atas dia (sama ada) hendak datang (mesyuarat) atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata PAS mempunyai ramai calon dalam kalangan agamawan mahupun teknokrat namun Ahli Parlimen Marang itu masih menutup mulut mengenai identiti calon yang akan dikemukakan.

Ditanya kemungkinan beliau akan menerajui PN seperti cadangan beberapa pihak, Abdul Hadi sekadar menjawab dirinya dalam keuzuran.

Sumber: Bernama

The post PAS Sahkan Bakal Teraju Perikatan Nasional appeared first on Siakap Keli.