Pas sedia bersama UMNO dalam MN - Shahidan

LocalPolitics
3 Jan 2026 • 10:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Shahidan menerusi hantaran di Facebook menyatakan kesediaan bersama UMNO menerusi Muafakat Nasional.

KUALA LUMPUR - Saranan Pemuda UMNO mahu memperkukuhkan kembali penyatuan dua parti demi kepentingan agama, bangsa dan orang Melayu menerima sambutan baik daripada Pas.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perlis III, Datuk Seri Shahidan Kassim menerusi hantaran di Facebook menyatakan kesediaan bersama UMNO menerusi Muafakat Nasional.

"Saudara Akmal Saleh (Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh), Pas bersedia bersama UMNO dalam Muafakat Nasional. Salam pada DS (Datuk Seri) Zahid Hamidi (Presiden UMNO)," ringkasnya pada Sabtu.

Terdahulu, pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO, Mohamad Akmal menggesa parti keramat itu menarik diri daripada kerajaan Perpaduan selain menzahirkan cadangan bersatu dengan Pas.

Katanya, hasrat penyatuan itu adalah bagi memastikan kekuatan politik Melayu terus terpelihara dalam landskap politik negara yang semakin mencabar.

Konvensyen bertemakan Hala Tuju UMNO dalam Kerajaan Perpaduan itu dihadiri kira-kira 2,000 ahli yang menyuarakan pandangan secara terbuka dan berani termasuk menilai semula kedudukan parti dalam kerajaan ketika ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved