Ekoran daripada penularan video itu, Pengarah Pilihan Raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa PAS memberikan wang kepada pengundi mereka.
Sanusi yang dihubungi MalaysiaKini turut mendakwa bahawa video tersebut merupakan taktik pihak lawan untuk memburukkan PAS.
Kita PAS tak ada duit nak bagi begitu kepada orang ramai macam tu. Dalam pilihan raya, macam-macam kempen memburukkan PAS dibuat oleh parti lawan.
Saya percaya video-video tular tu sengaja direka oleh musuh politik…Tak masuk akal. (Ia) satu kesalahan pilihan raya, sengaja dibuat video yang mengundang risiko.
Terdahulu, video yang tular itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mendakwa PAS menggunakan taktik tersebut untuk meraih undi daripada rakyat.