PAS tak rayu keputusan batal kemenangan PN di Kemaman

3 Oct 2023 • 3:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: PAS tidak akan merayu keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Perikatan Nasional di Parlimen Kemaman pada PRU15, sekaligus membuka ruang kepada pemilihan baharu.

Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan dalam kenyataan berkata partinya “menunggu dan bersiap sedia untuk mengambil langkah selanjutnya berdasarkan ketetapan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.”

Di sebalik kemenangan bergaya PN yang meraih majoriti 27,179 undi, mahkamah pada 26 Sept lepas mengisytiharkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kemaman terbatal dan tidak sah selepas menerima dakwaan pempetisyen berhubung sogokan semasa tempoh berkempen.

Takiyuddin memetik Hakim Anselm Charles Fernandis ketika pengurusan kes hari ini, yang menyatakan “terdapatnya unsur-unsur rasuah bagi bahagian pilihan raya Parlimen ini” tanpa menamakan mana-mana pihak.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “PAS memutuskan tidak akan memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan mahkamah,” kata Takiyuddin, pada hari terakhir tempoh yang diberikan mahkamah kepada parti itu untuk memohon menggantung perintahnya.

Petisyen difailkan oleh seorang pengundi Kemaman, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil, yang diwakili oleh peguam, Mohd Hafarizam Harun.

Pada pilihan raya lalu, PN meraih 65,714 undi untuk menewaskan Barisan Nasional yang meraih 38,535 undi, Pakatan Harapan (8,340), dan Pejuang (506).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.