
PAS mengumumkan keputusan untuk menghentikan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas meneliti kedudukan serta hala tuju hubungan antara kedua-dua parti berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa.
Keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung pada Isnin, 8 Jun 2026, dan diumumkan melalui kenyataan media oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Menurut kenyataan tersebut, mesyuarat berkenaan turut memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun lalu yang mempertimbangkan aspek dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS berlandaskan prinsip penyatuan ummah.
Baca juga:
‘Malaysia tidak perlukan Rashid Maidin 2.0’ – Pemuda MCA
PAS tamatkan kerjasama dengan Bersatu
Noh Omar tinggalkan Bersatu, kembali sertai UMNO
Dalam masa sama, PAS memutuskan untuk meneroka satu bentuk persefahaman politik serta kerjasama pilihan raya (electoral pact) yang baharu demi memperkukuhkan agenda penyatuan ummah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
PAS juga memaklumkan bahawa parti itu menerima hasrat pelbagai pihak termasuk tokoh akademik, golongan profesional, pemimpin politik dan aktivis masyarakat yang berminat untuk menyertai parti berkenaan.
The post PAS tamatkan kerjasama dengan Bersatu appeared first on The Reporter.






