Pas ucap Selamat Hari Krismas

25 Dec 2022 • 11:23 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Takiyuddin

SHAH ALAM - Pas mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara yang menyambutnya pada Ahad.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, diharap dengan sambutan perayaan berkenaan akan memupuk lebih semangat keharmonian di Malaysia.

"Semoga sambutan pada tahun ini akan terus memupuk persefahaman dan rasa hormat-menghormati antara kaum dan fahaman.

"Ia sebagaimana ajaran semua agama serta semoga dapat terus dijaga dan diamalkan oleh penganutnya demi mewujudkan masyarakat yang bertoleransi dan bersatu-padu di negara kita ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Hari Krismas atau Natal disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved