PAS yakin sapu bersih semua kerusi ditandingi pada PRN Negeri Sembilan – Annuar Musa

LocalPolitics
14 Jul 2026 • 5:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyasarkan kemenangan penuh bagi semua kerusi yang bakal ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, berbekalkan kekuatan jentera parti serta sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN).

Menang semua kerusi

Image from: PAS yakin sapu bersih semua kerusi ditandingi pada PRN Negeri Sembilan – Annuar Musa

Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, keyakinan tersebut hadir berdasarkan tahap persiapan rapi yang telah dilakukan parti bagi menghadapi PRN berkenaan.

“PAS sudah ada (sasaran kerusi). Insya-Allah kali ini semua yang kita bertanding akan menang,” katanya ketika sidang akhbar pada Selasa.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Memperkenalkan Pemain Kelantan City FC di Dewan Rimba Bukit Marak, di sini.

Mengulas lanjut, Annuar memaklumkan Jawatankuasa Pas Pusat akan mengadakan mesyuarat khas pada malam Selasa bagi memuktamadkan serta mengesahkan senarai kerusi yang akan ditandingi parti itu.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai jumlah kerusi yang bakal ditandingi Pas, beliau memilih untuk tidak mendahului pengumuman rasmi yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan parti.

“Itu kalau saya umum, orang kata saya jadi Presiden pula. Sabar. Saya rasa biarlah Setiausaha Agung ataupun Presiden buat pengumuman,” ujarnya.

Artikel lain: Annuar Musa tawar jalan penyelesaian pelbagai masalah di Johor – “Beri mandat kepada PAS”

Sementara itu, Annuar turut menolak spekulasi berkaitan penggunaan logo pada PRN Negeri Sembilan, termasuk cadangan supaya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggunakan logo sendiri selepas keputusan pada PRN Johor.

Menurutnya, perkara tersebut masih dalam perbincangan bersama gabungan PN, namun pendirian semasa adalah untuk menggunakan logo PN pada pilihan raya berkenaan.

“Itu spekulasi dan pendapat masing-masing. Terpulanglah pilihan hendak pakai logo apa, tetapi setakat ini kita berbincang menggunakan logo PN,” tambahnya lagi.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved