Pasangan Bahagia Walaupun Hanya Tukar Hadiah Barang RM2 Untuk Sambut Ulang Tahun Perkahwinan

13 Jun 2024 • 1:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Untuk bahagia dalam perkahwinan, harta atau rupa tidak menjamin apa-apa. Kadang-kadang kehidupan yang sederhana cukup untuk satu pasangan saling menyayangi dan hidup bahagia.

Menerusi hantaran yang tular di TikTok, memaparkan satu pasangan meraikan ulang tahun pertama perkahwinan dengan menukar hadiah dari kedai serbaneka RM2.

Walaupun raikan momen istimewa itu dengan sederhana, tak lekang gelak tawa dan senyuman dari wajah pasangan itu.

Di dalam video itu mereka dilihat menukar hadiah mengikut warna tertentu dan berdekah apabila barang tersebut didedahkan oleh masing-masing.

https://www.tiktok.com/@yeopsenyom_/video/7376586528987892999?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7348008586549986823

Perbuatan mereka ini mengundang pujian dari netizen kerana masih bersyukur walaupun tidak mewah seperti orang lain.

Sebenarnya nak bahagia bukan perlu barang mahal-mahal.. Barang eco shop pun dah rasa bahagia.. Nak try tapi tu la.. Keluar mesti berdua..

image is not available

Moga puan dan tuan terus bahagia di dunia dan akhirat.

image is not available

Wah seronoknya kalau ada pasangan macam ni. Walaupun tak mewah, masih bahagia dengan cara sendiri. Semoga hubungan mereka kekal hingga ke anak cucu.

Kredit: TikTok @yeopsenyom_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media