
Pasangan 'Deko' Rumah Sempena Aidilfitri Curi Perhatian Ramai
Menghampiri Syawal, umat Islam khususnya di Malaysia giat melakukan persiapan raya masing-masing.
Selain menyiapkan baju dan membeli kuih, dekorasi rumah turut menjadi aspek penting bagi mencipta suasana meriah Aidilfitri yang disambut bersama keluarga dan rakan-rakan.
Pasti tak mahu melihat dekorasi ketika hari raya kelihatan sama seperti hari-hari biasa, sudah tentu berbeza dan lebih istimewa.
Sudah tentu ramai yang tak menang tangan nak menghias rumah agar suasana tampak lebih ceria, elegen dan selesa.
Lebih-lebih lagi, ahli keluarga, sanak-saudara serta sahabat handai bakal bertandang ke rumah ketika musim raya ini.
Dari Biasa Terus Macam Ruang Istana
Baru-baru ini, tular perkongsian seorang pengguna TikTok @errnmuahenna yang membuat dekorasi rumahnya sempena dengan lebaran yang bakal berkunjung.
Dalam klip yang dikongsikan dia bersama suami membanting tulang mengubah suasana rumah pusaka suaminya, bermula dari lantai tikar, dinding, langsir dan banyak lagi.
Setiap sudut ruang rumah yang pada asalnya kelihatan sempit kelihatan luas seolah-olah ruang istana.
Berikut SK kongsikan hasil "remake" rumah raya yang dihasilkan oleh puan erna dan suami di bawah;
Sebelum



Selepas



"Cantiknyaa.." - Puji Netizen
Perkongsian itu nyata mendapat reaksi positif warga maya, memandang ramai yang sedang berada dalam situasi pasangan berkenaan.
Malah ada sebahagian netizen yang bertanya mengenai bahan, kos dan barangan yang dibeli.
"Tema apa ni kak cantiknya rumah," komen seorang pengguna.
"Ni bukan kemas rumah dah ni, ni home makeover.." komen seorang pengguna lagi.
"Mashaallah cantik nya rumah nak macam ni jugak," puji seorang lagi.
Untuk video penuh, boleh lihat di bawah.



