Pasangan Dicekup Khalwat Dalam Khemah ‘Camping’ Di Pantai Bachok

LocalPolitics
24 Jan 2025 • 10:19 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
khalwat

Satu lagi kes khalwat berjaya dikesan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) di Pantai Senok, Bachok.

Kes ini melibatkan pasangan yang bukan mahram dicekup dalam khemah ketika aktiviti perkhemahan.

Pasangan dicekup khalwat dalam khemah

Perkara itu didedahkan Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, Pejabat Agama Jajahan Bachok menerusi satu hantaran di TikTok.

image is not available

Menurutnya, tindakan diambil di bawah Seksyen 50 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kelantan (KJS) Bil. 1/2019 melibatkan mana-mana lelaki dan wanita bukan mahram, yang berada di mana-mana tempat, yang boleh menimbulkan syak melakukan perbuatan bertentangan dengan hukum syarak.

Banteras aktiviti tak bermoral tepi pantai

image is not available
Sekadar gambar hiasan

Di bawah enakmen itu, individu yang ditangkap berisiko didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan, operasi dijalankan pihak berkuasa untuk memastikan kawasan rekreasi tidak dicemari dengan aktiviti yang melanggar hukum syarak.

#OhmediaNasihat

Jangan ambil ringan soal menjaga batas agama, lebih-lebih lagi di tempat awam. Perkhemahan sepatutnya menjadi aktiviti yang mendekatkan diri kepada alam dan pencipta-Nya, bukan mencetuskan fitnah atau syak wasangka. In

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok ppabachok


The post

appeared first on

.