Pasangan Didakwa ‘Projek’ Di Tanah Perkuburan Cina Direman

LocalPolitics
24 Mar 2026 • 12:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Suasana tenang di kawasan perkuburan bertukar kecoh apabila satu video tular memaparkan aksi melampau sepasang kekasih.

Lebih mengejutkan, mereka didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan berbogel di lokasi yang sepatutnya dihormati itu.

Kejadian ini bukan saja mencetuskan kemarahan orang ramai, malah terus mendapat perhatian pihak berkuasa yang bertindak pantas menahan kedua-dua individu terbabit.

Direman hingga Khamis untuk siasatan

Pasangan tersebut kini direman sehingga Khamis bagi membantu siasatan selepas dibawa ke Mahkamah Majistret pagi tadi. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.

View on Threads

Sebelum itu, mereka tiba di mahkamah dalam keadaan bergari dan dikawal ketat oleh pihak polis. Difahamkan, kedua-duanya memakai baju berwarna merah dan seluar biru ketika dihadapkan ke mahkamah.

Ditahan di dua lokasi berasingan

image is not available

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan bahawa pasangan berkenaan telah ditahan di sekitar Georgetown semalam.

Siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada 22 Mac di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung, Air Itam.

Lokasi itu yang sinonim dengan suasana sunyi dan penuh penghormatan kini tercalar dengan tindakan tidak bermoral pasangan terbabit.

Pssttt! Perbuatan seperti ini bukan saja melanggar norma masyarakat, malah menunjukkan kurangnya rasa hormat terhadap tempat yang sensitif seperti tanah perkuburan. Harapnya kes ini jadi pengajaran supaya semua lebih menjaga adab dan batas dalam apa jua keadaan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Pasangan Didakwa ‘Projek’ Di Tanah Perkuburan Cina Direman appeared first on Oh! Media.