Pasangan guru maut kemalangan babitkan motosikal, lori

2 May 2023 • 10:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasangan suami isteri yang juga guru sebuah sekolah di Padang Besar di sini maut dalam kemalangan di Kilometer 7.6 Jalan Kangar-Padang Besar, petang Selasa. Foto Bernama.

KANGAR - Pasangan suami isteri yang juga guru sebuah sekolah di Padang Besar di sini maut dalam kemalangan di Kilometer 7.6 Jalan Kangar-Padang Besar, petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, dalam insiden pada jam 3.45 petang itu, mangsa yang berumur 32 dan 28 tahun maut di tempat kejadian.

"Kemalangan berlaku apabila pemandu lori dari Padang Besar menghala ke Kangar yang membuat pusingan U tidak sempat mengelak dan melanggar motosikal dinaiki oleh kedua-dua mangsa,” menurutnya dalam kenyataan malam Selasa.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori berusia 67 tahun itu tidak memiliki lesen memandu yang sah.

Katanya, mayat mangsa dibawa Ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah di Kangar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan dan sebarang maklumat boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor P. Pillai di talian 019-4702 312,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved