Pasangan ‘Influencer’ Disyaki Kaut Dana Derma Awam Sebanyak RM3 Juta Sejak 2020

11 Jul 2024 • 4:09 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
influencer

Dah berjaya kutip sebanyak RM3 juta? Itulah jumlah yang dikatakan berjaya dikutip sejak tahun 2020 oleh pasangan influencer yang ditahan reman SPRM berkait kes penyelewengan dana derma awam.

Memetik laporan Harian Metro, sumber mengatakan hasil siasatan mendapati kutipan itu tidak disalurkan dengan cara yang betul.

Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan siasatan masih di peringkat awal.

Pada masa sama, dua lagi suspek turut ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes sama.

Ini menjadikan jumlah empat suspek telah ditahan reman dan memakai baju oren SPRM hari ini.

Kes ini disiasat mengiku Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

image is not available

Jap!