Pasangan Kekasih Dikejar 96 Kilometer Oleh 14 MPV Polis Di Johor Bahru

LocalPolitics
8 May 2025 • 4:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular gambar dan video mengenai insiden pasangan kekasih yang nekad melarikan diri sejauh 96 kilometer daripada pihak polis dalam satu kejadian kejar-mengejar yang berlaku di Johor Bahru.

Insiden tersebut bermula sekitar jam 1.40 pagi apabila suspek lelaki berusia 36 tahun dilihat memandu kereta Proton Wira secara mencurigakan, menyebabkan unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan mengesan kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, usaha mereka melarikan diri berakhir apabila pasangan tersebut berjaya ditahan di Jalan Pesisiran Tanjung Langsat.

Selepas berjaya diberkas, pasangan kekasih yang melarikan diri sejauh 96 kilometer dari polis didapati positif dadah jenis methamphetamine. Pihak polis turut menemui 0.45 gram syabu dalam kenderaan mereka.

image is not available

Sumber : Sumber: IPD Johor Bahru Selatan  

Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah, dengan pemandu kereta yang tidak mempunyai lesen memandu, serta cukai jalan kenderaan yang telah tamat tempoh.

Pasangan tersebut kini direman selama empat hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 42(1), Seksyen 26(1), dan Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, serta Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Perbaiki Apa Yang Kurang, Bukan Macam Ni" - Netizen Tegur Kieda Crepe Bersemuka Dengan Ibu Tunggal Komen 'Dessert' Tak Sedap