Pasangan Kerap Mabuk, Suami Bun*h Isteri Gara-Gara Tidak Mandi

16 Jul 2024 • 11:04 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bunuh

Kes bunuh semakin menjadi-jadi pula zaman sekarang ni. Kali ini punca pembunuhannya agak pelik di mana seorang suami tergamak membunuh isterinya kerana tidak mandi.

Perkara itu terjadi di sebuah rumah di Ban Tab Tao, daerah Mueang, Thailand pada Ahad lalu.

image is not available

Memetik laporan Sinar Harian, suspek berumur 53 tahun memukul isterinya sehingga mati dengan sebatang kayu selepas naik angin kerana mangsa enggan mandi.

Penyiasat di Balai Polis Mueang Roi, Leftenan Phayung Kulkhamsaeng memaklumkan pihaknya menerima laporan kecemasan mengenai kejadian pada jam 10.50 malam waktu tempatan.

Polis menemui mangsa meninggal dunia di dalam bilik air kerana mengalami kecederaan parah di kepala akibat dipukul dengan objek tumpul.

Jiran mendedahkan, pasangan itu kerap minum arak dan sering bergaduh apabila mabuk. Pertengkaran kali ini berlaku apabila Watcharin meminta isterinya pergi mandi.

Suspek marah lalu memukul isterinya dengan sebatang kayu, tetapi tidak menyedari bahawa isterinya mati serta merta di lokasi tersebut.

Dia meminta bantuan daripada jiran selepas mendapati isterinya tiada tindak balas dan mendakwa tergelincir dalam bilik air.

Suspek Watcharin, mengaku bersalah dan telah ditahan bagi tindakan selanjutnya.

image is not available

Jap!