Pasangan muda ditahan berdua-duaan dalam kereta

8 Nov 2026 • 3:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pasangan muda ditahan berdua-duaan dalam kereta
Pihak berkuasa memeriksa sebuah kereta di Tunjong. Foto : MPKB-BRI.
Image from: Pasangan muda ditahan berdua-duaan dalam kereta
Seorang lelaki berada di tempat duduk pemandu di dalam kereta. Foto : MPKB-BRI

KOTA BHARU – Satu pasangan muda ditahan pihak penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) selepas dikesan berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah kereta di Tunjong di sini pada Sabtu.

Penahanan itu dilakukan menerusi operasi penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan kelakuan tidak senonoh yang dilaksanakan di sekitar kawasan pentadbiran MPKB-BRI.

MPKB-BRI menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, pasangan terbabit dikesan hasil operasi dan pemantauan yang dijalankan pihak penguat kuasa.

**media[3703864]**

Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan bertujuan mencegah aktiviti tidak bermoral selain memastikan kawasan pentadbiran MPKB-BRI sentiasa terkawal, selamat dan terpelihara.

Usaha itu juga selaras dengan imej Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam.

Sinar Harian sedang menghubungi MPKB-BRI bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung operasi berkenaan termasuk tindakan terhadap pasangan yang ditahan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved