Pasangan suami isteri cedera, MPV rempuh sekumpulan gajah di LPT2

LocalCars
5 Aug 2026 • 10:04 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Rakaman papan pemuka menunjukkan sekumpulan gajah melintas di LPT2 sebelum MPV terbabit kemalangan berhampiran Exit Cheneh, Kemaman.

Perjalanan sepasang suami isteri di LPT2 bertukar cemas apabila kenderaan dinaiki mereka melanggar sekumpulan gajah yang tiba-tiba melintas di Kilometer 274.6, berhampiran Plaza Tol Cheneh menghala ke Kuala Terengganu, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, Toyota Estima dipandu Abdul Wahid Ismail, 54, bersama isterinya, Fauziah Muda @ Jusoh, 52, dipercayai dalam perjalanan dari Cheneh menuju ke Pasir Gajah.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, ketika kejadian, kenderaan terbabit berada di lorong kiri lebuh raya sebelum pemandu menyedari terdapat sekumpulan gajah di hadapan.

Menurutnya, jarak yang terlalu dekat menyebabkan pemandu gagal mengelak lalu membrek sebelum kenderaan berkenaan melanggar gajah terbabit.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Kemaman,” katanya.

Baca juga:

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, PBK I Zubaderi Dahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.31 malam sebelum menghantar lapan anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, sebaik tiba, pihaknya mendapati kemalangan membabitkan sebuah Toyota Estima yang melanggar sekumpulan gajah yang sedang melintas jalan.

Rakaman kamera papan pemuka yang memaparkan detik mendebarkan apabila sekumpulan gajah melintas di hadapan kenderaan itu turut tular di media sosial.

Menerusi video tular juga, mangsa memaklumkan terkejut melihat kehadiran sekumpulan gajah yang dianggarkan kira-kira enam ekor dan mendakwa tidak pernah melihat haiwan berkenaan berada di kawasan tersebut sebelum ini.

Sumber: Berita Harian, Kemaman Tular

The post Pasangan suami isteri cedera, MPV rempuh sekumpulan gajah di LPT2 appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved