Pasangan suami isteri rentung terbakar

25 Jul 2025 • 2:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

KOTA BELUD: Sepasang suami isteri ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Sangkir, di sini, awal pagi Khamis.

Mangsa ditemui di dalam mandi rumah setingkat itu yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud Penolong Penguasa Bomba Elge Bakuk berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.52 pagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sepasukan 10 anggota bomba bersama sebuah jentera dan unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, rumah berkenaan sudah pun musnah dijilat api. Sebuah kereta jenis sedan, dipercayai Proton Saga, turut musnah dalam kebakaran itu,” katanya.

Selepas api berjaya dikawal pada jam 3.22 pagi, pasukan menemui mayat pasangan suami isteri terbabit dalam keadaan rentung di dalam bilik mandi.

Elge berkata operasi oti menggunakan satu aliran dengan dua hos saluran air menggunakan sumber air dari jentera.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, termasuk proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Kota Belud,” tambahnya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. Operasi ditamatkan pada jam 4.55 pagi selepas mengesahkan kawasan terbabit selamat dan bebas daripada sebarang bahaya lain.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintenden Shahrudin Mat Husain, mengesahkan kejadian dan berkata siasatan terhadap punca kebakaran serta anggaran kerugian sedang dijalankan.