Pasangan Tanpa Baju Ditemui ‘Tewas’ Dalam Kereta, Disyaki Terhidu Gas Karbon Monoksida

10 Aug 2023 • 9:55 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Couple tanpa baju ditemui tewas dalam sebuah kereta

Pasangan Tanpa Baju Ditemui Tewas Dalam Kereta, Disyaki Terhidu Gas Karbon Monoksida. Sepasang pasangan dipercayai bercinta ditemui ‘tewas’ tanpa seurat benang dalam sebuah kenderaan yang diparkir dalam bengkel.

Menurut laporan, pihak polis tiba di tempat kejadian pada jam 4 pagi dan hanya ditemukan sekitar 3 petang oleh pekerja bengkel berkenaan.

image is not available
Kredit foto: Antara

3 saksi datang semula periksa bengkel pada waktu petang

Dalam pada itu, seorang pekerja awalnya telah datang ke bengkel untuk membuka pintu, namun pemuda dalam kereta tersebut, yang juga bekerja di bengkel itu tidak mengangkat telefon ketika dihubungi.

Disebabkan rasa curiga, tiga orang staf datang kembali pada waktu petang dan mengintip di celah lubang. Bahkan, mereka terkejut apabila menemui pasangan tersebut telah meninggal dunia dalam keadaan sebegitu.

Dipercayai enjin kenderaan mereka masih hidup, tingkap dan pintu kereta juga tertutup rapat dalam keadaan full aircond.

image is not available
Sumber: kisahdunia

Susulan itu, doktor menyatakan bahawa kejadian berlaku di Bandar Aceh, Indonesia itu disebabkan oleh mereka mengalami keracunan gas monoksida semasa berasa di dalam kereta yang tidak bergerak.

Keluarga akur dengan pemergian duka anak mereka

Sementara itu, pihak keluarga tidak mempersoalkan apa-apa mengenai pemergian anak masing-masing, bahkan enggan melakukan sebarang post-moterm.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved