Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, aktivis kebajikan kucing jalanan, Pherbies menerusi hantaran di laman Threads berkongsi keadaan seekor kucing yang didakwa telah dipotong kaki sebelahnya hanya kerana mencuri seekor ikan di sebuah pasar basah di Perak.
Dakwa pengendali akaun Pherbies, kucing yang diberi nama Simba itu telah diselamatkan rakannya dan telah dihantar ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Kaki Kiri Kucing Cedera, Penyelamat Buat Kutipan Dana Untuk Biayai Kos Rawatan
Menerusi video dikongsi, kelihatan kucing baka tabby itu sedang duduk di dalam sangkar sambil mengiau-ngiau. Kelihatan juga kaki kirinya mengalami kecederaan serius dipercayai akibat dipotong individu tidak berperikemanusiaan.
Dalam hantaran tersebut, Pherbies telah membuat kutipan dana bagi menampung kos rawatan Simba yang perlu menjalani pembedahan.
Pihaknya juga telah berkongsi kod QR buat mereka yang sudi menghulurkan sumbangan bagi merawat si bulus.
“Kucing kena potong tangan (kaki) kerana lapar. Pembedahan untuk Simba dianggarkan cecah kos RM500 tidak termasuk kos wad, penjagaan dan upah penjagaan sementara. Kucing ni kawan saya dah tangkap dan akan dihantar ke vet seawal pagi hari ini. Saya akan kongsi jumlah keseluruhan rawatan,” katanya.
Dakwa Pherbies, terdapat juga anak kucing yang mati di pasar yang sama. Namun tidak dapat disahkan apa punca sebenar kematian.

View on Threads
Kucing Alami Demam, Akan Dibedah Dalam Masa Terdekat Jika Keadaan Stabil
Dalam satu hantaran lain, Pherbies telah berkongsi perkembangan terbaharu mengenai Simba pada ketika ini. Jelasnya, kucing tersebut akan menjalani pembedahan pada Ahad ini (4 Oktober) selepas selesai mengambil ujian darah.
“Simba mengalami demam ringan dan selesema. Buat masa ini, doktor sedang menstabilkan keadaannya melalui rawatan cecair setiap hari secara subkutaneus (subcut).
“Pembedahan Simba dijadualkan, insya-Allah pada Ahad ini selepas menjalani ujian darah (CBC), dengan syarat keadaannya stabil. Buat masa ini, Simba telah dimasukkan ke wad selama dua minggu,” kongsinya.
Ada Wanita Tawar Diri Bela Simba
Menurut Pherbies lagi, seorang insan baik hati telah menawarkan diri untuk membela Simba selepas ini.
Dalam pada itu, Pherbies berkata pihaknya sedang menyiasat tentang kes Simba yang dipotong kakinya.
View on Threads
Ramai Kecam Sikap Peniaga Pasar Yang Didakwa Potong Kaki Kucing
Hantaran mengenai nasib kucing yang dipotong kakinya hanya kerana berasa lapar telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-rata orang ramai berasa berang dengan sikap kejam manusia yang berkira untuk berkongsi rezeki dengan kucing jalanan tersebut.
“Lemahnya jadi manusia, kucing curi ikan sampai buat hukum hudud sendiri. Ikan je pun. Tu pun berkira,” kata seorang pengguna Threads.
View on Threads
‘Kenapa Manusia Kejam Sangat? Kesian Kucing Tu Lapar’ – Netizen
Sementara itu, ramai juga meluahkan rasa sedih mengenangkan nasib haiwan-haiwan jalanan yang hanya mencari makanan dan minuman untuk mengalas perut.
“Ya Allah. Kenapa kejam sangat manusia. Kucing tu tak ada salah apa pun. Kesiannya dia. Lapar, kena seksa pulak tu,” kata seorang wanita.
“Berapa sangat la harga ikan dekat pasar tu. Tak luak pun sampai nak potong kaki dia,” tambah seorang warganet.
Baca Artikel Berkaitan: “Kesiannya Dekat Haiwan Terbiar Yang Datang Makan” – Ramai Kecam Wanita Letak Racun Rumput Pada Makanan Kucing
‘Pasar Tak Pernah Bukan Tempat Selamat Untuk Kucing-kucing’ – Netizen
Malah dalam satu hantaran berbeza, seorang wanita berkata pasar bukanlah tempat selamat untuk meninggalkan atau membiarkan kucing.
“Kucing kena potong kaki sebab curi ikan. Sebab ni la pasar tak pernah jadi tempat yang selamat untuk kucing-kucing. Ingat peniaga pasar suka ke? Sesetengah kucing siap kena racun lagi,” dakwanya.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Pegawai Agama Perjelas Hukum Buang Kucing
Baca Artikel Berkaitan: “Zalim Sungguh” – Ramai Sedih Lihat Tindakan Individu Sanggup Racun 9 Ekor Kucing Peliharaan Lelaki Ini
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Pukul Kucing Bunting Sehingga Mati Direman 4 Hari Bermula Hari Ini

