Pasar raya di Selayang didakwa jual daging katak?

25 Oct 2023 • 5:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sebuah pasar raya di Selayang, Selangor didakwa jual daging katak berdasarkan perkongsian dua keping gambar yang tular di media sosial.

Pasar raya jual daging katak

image is not available

Menerusi satu perkongsian di Facebook, gambar yang dimuat naik oleh pengguna Azmi Ahmad Anuwar menunjukkan isi daging tersebut dijual bersebelahan ikan.

Azmi mendakwa kejadian tersebut berlaku semalam sekali gus makanan halal dan haram telah pun bercampur di pasar raya berkenaan.

image is not available

“Kejadian berlaku apabila makanan haram bercampur dengan yang halal dijual secara longgok, jadi berhati-hati apabila membeli di pasaraya ini,” tulisnya.

Tambahnya, walaupun sudah membuat aduan kepada pihak pasar raya namun rata-rata mereka tidak tahu akan kejadian tersebut selain telah melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Saya membuat aduan di pasar raya ini dan rata-rata mereka tidak tahu namun tindakan lanjut telah saya adukan kepada pihak berkuasa,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menjual daging katak bersama dengan makanan lain.

Dah melampau ni, pasar raya jual daging katak?

image is not available

 

Ada juga segelintir warganet yang menyuarakan kerisauan bagi pelanggan Islam yang secara tidak sengaja membeli daging tersebut.

Bahaya kalau terambil

image is not available

Malah, mereka juga menyatakan keraguan sekiranya daging tersebut katak atau puyuh, namun dijawab oleh isteri kepada pemilik asal gambar penjual sendiri menyatakan daging tersebut adalah katak.

Katak ke puyuh?

image is not available

Selain itu, ada juga yang menyatakan pihak tidak bertanggungjawab itu tidak mempunyai sebarang sensitiviti dengan pembeli Muslim.

Tak sensitif langsung!

image is not available

Seperti yang diketahui umum, umat Islam tak dibenarkan untuk memakan mana-mana haiwan amfibia atau haiwan dua alam kerana dagingnya yang haram.

Oleh itu, orang ramai dinasihatikan berhati-hati ketika membeli makanan atau minuman kerana ditakuti perkara seperti ini berlaku ke atas diri kita.

Sumber: Facebook Azmi Ahmad Anuwar