Pasar raya, hotel tiada sijil bomba didenda RM3,000

9 Nov 2023 • 4:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sebuah pasar raya besar dan sebuah hotel di Beaufort masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana gagal mendapatkan sijil bomba daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.

CNF Hypermarket Sdn Bhd dan Hotel Jasaria, yang diwakili wakil sama, diperintah membayar denda atau penjara dua bulan bagi setiap pertuduhan selepas kedua-duanya mengaku bersalah di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim melakukan kesalahan itu.

CNF Hypermarket telah melakukan kesalahan itu di Blok L, Beaufort Jaya Fasa 2 pada 3 Ogos 2020, manakala hotel itu melakukan kesalahan di Blok K kawasan sama pada 9 pagi juga pada 3 Ogos, tahun yang sama. Kesalahan mengikut Seksyen 33 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Wakil itu sebelum ini memohon hukuman ringan, dengan mengatakan perniagaan tidak baik selepas pandemik Covid-19.

Tambahnya, bahagian pasar raya besar itu tidak dapat bertahan dan tidak beroperasi sejak 1 Sept tahun ini.

Pegawai pendakwa dari jabatan itu, Mohammad Akramin Sakirun memohon hukuman berbentuk pencegahan serta sebagai pengajaran kepada orang ramai.

Denda itu dibayar.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, seorang lelaki berusia 36 tahun didenda RM3,000 atau penjara 10 bulan atas kesalahan mencuri.

Mohd Azlie Soon Abdullahm, seorang buruh, mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie atas tuduhan mencuri dua gulung kabel milik pengurusan ITCC Penampang, pada 7.56 pagi, 29 Okt lepas di ITCC Mall, Penampang.

Pertuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa pengadu membuat laporan polis menyatakan kabel tanah sepanjang kira-kira 30 meter di kawasan lapang di bumbung bangunan itu telah dipotong dan dicuri, membabitkan kerugian kira-kira RM3,000.

Rakaman CCTV mendapati tiga individu dipercayai kontraktor yang membaiki kerosakan di ITCC, kelihatan mencurigakan apabila membawa guni kosong naik ke atas bumbung pada 28 Okt lalu turun tanpa guni itu dan dilihat naik ke atas bumbung pada 29 Okt lalu turun dengan guni penuh ke sebuah kenderaan.

Polis, yang bertindak atas maklumat itu, menahan Azlie di Taman Telipok Ria pada 30 Okt dan kabel tersebut ditemui bersamanya, kata pihak pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.