
SANDAKAN: Sebuah pasar raya di daerah ini diserbu pada Jumaat selepas didapati menyimpan daging babi bersama makanan produk halal di dalam satu bilik sejuk yang sama.
Serbuan tersebut dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DOVS)Cawangan Sandakan kira-kira 10.50pagi.
Ketua penguatkuasa KPDN Cawangan Sandakan, Azdy Zukkry John berkata semasa pemeriksaan tersebut, pihak mereka telah memeriksa sebuah bilik sejuk yang disyaki menyimpan produk halal bersama dengan daging babi.
“Hasil pemeriksaan kita mendapati bilik sejuk (“cold room”) pasar raya terbabit ada menyimpan produk halal yang bercampur dengan produk tidak halal yang terdiri daripada nugget ayam, keju, mentega, buah-buahan dan daging babi,” katanya dalam kenyataan kepada media, kelmarin.
SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more * Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


