Pasar raya urban, Qra lancar cawangan keempat di The Campus Ampang

LocalBusiness & Finance
17 Jan 2025 • 4:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pasar raya jenama runcit premium, Qra sekali lagi telah berjaya meluaskan legasinya dengan pembukaan cawangan keempat di The Campus, Ampang, Selangor pada Khamis.

Qra lancar cawangan keempat di The Campus Ampang

Apa yang menariknya, lokasi tersebut dahulunya merupakan sebuah tapak International School Kuala Kumpur (ISKL) sebelum diubah suai menjadi hab komuniti gaya hidup yang merangkumi sukan, tempat makan, runcit, bahkan hiburan.

image is not available

image is not available

Apa keistimewaan Qra The Campus Ampang berbanding cawangan lain?

Konsep reka bentuk keseluruhan Qra The Campus sebenarnya diinspirasikan daripada semangat komuniti The Campus Ampang, iaitu gabungan kemudahan sukan, pendidikan, dan rekreasi. Reka bentuk Qra The Campus menjamin fungsi moden dengan elemen semula jadi yang mesra untuk mewujudkan suasana yang mesra dan inklusif bagi pengunjung.

image is not available

image is not available

Bukan itu sahaja, premis baharu itu menetapkan piawaian baharu dengan pilihan daging segar dan makanan laut yang luas serta pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan tukang daging mengikut pesanan sendiri, dimana daging yang dibeli boleh dipotong dengan teliti mengikut saiz serta pilihan pembeli.

Selain itu, terdapat pelbagai pilihan set daging atau ayam yang sudah selesai diperap dengan resipi khas dari Qra sendiri untuk dicuba oleh komuniti Ampang dengan harga berpatutan!

image is not available

Selaras dengan komitmen Qra terhadap inovasi, cawangan baharu ini menjadi yang pertama melaksanakan label rak elektronik (ESL) secara menyeluruh, agar harga barang sentiasa dikemas kini dari masa ke masa sekaligus melancarkan masa pembelian pelanggan yang datang berkunjung.

Ruang ‘After School’ rekaan khas!

Sebuah ruang khas direka sempurna, dipanggil sebagai ‘After School’, berfungsi sebagai ruang santai dan mesra pengunjung yang diinspirasikan daripada tema kampus.

image is not available

Ruang teresbut mencerminkan fokus jenama Qra terhadap penglibatan secara langsung komuniti Ampang untuk beraktiviti seperti mengadakan bengkel, perjumpaan, dan acara komuniti di sana sambil menikmati minuman esklusif yang ditawarkan.

Qra mahu pupuk hubungan baik dengan komuniti Ampang

Untuk makluman, Qra The Campus muncul sebagai satu cawangan terbesar Qra sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2021. Qra komited menawarkan barangan terpilih, acara esklusif, serta perkhidmatan peribadi untuk penduduk Ampang.

image is not available

Justeru itu, keutamaan cawangan tersebut adalah memupuk hubungan baik bersama penduduk Ampang dengan keunikan dan kesegaran produk pilihan dan memperkayakan kehidupan harian komuniti Ampang dengan barang berkualiti.

Ternyata Qra The Campus bukan sekadar sebuah pasar raya biasa, tetapi merupakan sebuah ruang untuk interaksi dalam kalangan komuniti Ampang.

Untuk makluman lanjut mengenai pasar raya moden urban tersebut, boleh layari https://qrafoods.com/