Pasaran modal Indonesia hilang hampir RM350 bilion

WorldBusiness & Finance
18 Oct 2026 • 5:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pasaran modal Indonesia hilang hampir RM350 bilion

JAKARTA – Indeks saham penanda aras Indonesia merosot hampir 15 peratus dalam masa seminggu setakat kelmarin, menyaksikan kira-kira 1.544 trilion rupiah(RM349.2 bilion) lesap daripada pasaran  modal  dengan penyedia indeks global,  MSCI mempertimbangkan untuk menurunkan taraf Indonesia kepada status Pasaran Kendiri berikutan kebimbangan berterusan mengenai ketelusan dan kebolehcapaian pasaran, lapor laman berita Jakarta Globe.

Indeks Komposit Jakarta (JCI) jatuh 14.91 peratus kepada 5,185.105 kelmarin, menjunam  908.654 mata daripada 6,093.759 pada akhir minggu sebelumnya,  demikian menurut  data Bursa Saham Indonesia (IDX).

Jumlah modal pasaran saham merosot 15.23 peratus kepada 9.157 trilion rupiah (RM2.07 bilion daripada 10.701 trilion rupiah (RM2.43 bilion)  seminggu sebelumnya, mencerminkan skala jualan, susulan pengumuman MSCI tersebut.

Pelabur asing mencatatkan jualan bersih sebanyak 3.34 trilion rupiah (RM755.35 juta) kelmarin  menjadikan jualan bersih kumulatif mereka bagi tahun 2026 meningkat kepada 88.19 trilion rupiah (RM19.94 bilion), demikian menurut bursa tersebut.

Sementara itu, MSCI sedang mempertimbangkan untuk mengklasifikasikan semula Indonesia daripada Pasaran Pesat Membangun kepada Pasaran Kendiri, kategori bagi pasaran di mana akses pelabur telah merosot secara teruk.

Klasifikasi Pasaran Kendiri boleh menjejaskan kedudukan Indonesia dalam penanda aras pelaburan global dan berpotensi mengurangkan daya tarikan negara itu kepada pelabur antarabangsa yang berpandukan indeks MSCI. – AGENSI

The post Pasaran modal Indonesia hilang hampir RM350 bilion appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved