Pasaran Telefon Pintar Mengecut 11% Pada Q2 2023 – Samsung Masih Teratas

TechnologyDigital
20 Jul 2023 • 12:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pasaran telefon pintar meneruskan trend pengecutan pada Q2 2023 menurut laporan terkini Canalys. Pada suku kedua 2023, pasaran mengecut 11% berbanding suku yang sama 2022. Pada Q1 2023, pasaran mengecut 12% berbanding suku yang sama tahun 2022.

image is not available

Selepas pandemik pasaran telefon pintar masih belum menunjukkan ia akan pulih. Dengan pengaruh ekonomi yang masih belum pulih serta harga peranti yang masih lagi mahal menyumbang kepada penyusutan pengeluaran telefon pintar pada tahun 2023.

Pegangan pasaran telefon pintar
PengeluarQ2 2023 Q2 2022
Samsung  21% 21% 
Apple 17% 17% 
Xiaomi 13% 14% 
Oppo10% 10% 
Vivo 8% 9% 
Lain-Lain31% 29% 

Samsung masih memegang peratusan terbesar dengan 21% diikuti oleh Apple (17%), Xiaomi (13%), Oppo (10%) dan Vivo (8%). Jurang antara dua pengeluar terbesar semakin berkurangan.