Pasaran Telefon Pintar Mula Pulih – Perkembangan Positif Dicatatkan Pada Oktober

TechnologyDigital
24 Nov 2023 • 9:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pandemik 2020 mendatangkan impak negatif kepada pasaran telefon pintar global. Pengeluaran terjejas, penghantaran terhalang dan pengguna tidak berminat membeli peranti baharu kerana kerisauan dengan Covid-19. Oleh sebab itu pasaran telefon pintar global mencatatkan pertumbuhan negatif selama 27 bulan. Menurut data terkini Counterpoint Research, trend penurunan jualan ini akhirnya terhenti pada bulan Oktober lalu.

image is not available

Buat pertama kalinya pengeluaran telefon pintar meningkat 5% pada bulan Oktober berbanding bulan yang sama tahun 2022. Peningkatan dapat dilihat khususnya pada pasaran China, India , Timur Tengah dan Afrika. Di China misalnya Huawei mencatatkan peningkatan jualan lebih 100% selepas melancarkan siri Huawei Mate 60. Permintaan peranti yang kembali menggunakan cip Kirin rekaan sendiri adalah luar biasa walaupun ini kini menyebabkan Huawei kembali disiasat oleh Amerika Syarikat.

Counterpoint kini meramalkan pengeluaran telefon pintar akan meningkat pada Q4 2024 dengan trend pemulihan turut dijangka akan diteruskan sepanjang 2024.