Pasaraya Di MJC Batu Kawa Dedah CCTV Lelaki Berbaju Kurung Larikan Mesin Juruwang

26 May 2023 • 3:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek bersenjatakan parang semasa melakukan rompakan

Pasaraya Di MJC Batu Kawa Dedah CCTV Lelaki Berbaju Kurung Larikan Mesin Juruwang. Seorang lelaki telah menyamar sebagai wanita dengan memakai baju kurung untuk merompak di salah sebuah pasar raya di MJC, Batu Kawa Kuching.

Difahamkan bahawa kejadian telah berlaku semalam (Khamis) dan sempat dirakam melalui rakaman litar tertutup (CCTV) di premis tersebut.

image is not available
Pasaraya Di MJC Batu Kawa Dedah CCTV Lelaki Berbaju Kurung Larikan Mesin Juruwang

Suspek juga memegang parang dan mengugut salah seorang pekerja pasar raya

Dalam satu video yang dimuat naik di laman Facebook Borneo Network, lelaki berbaju kurung dan memakai topi keledar penuh dapat dilihat masuk dari arah luar dan menuju ke arah kaunter.

Suspek juga memakai sarung tangan getah untuk mengelakkan bekas cap jari dikesan, yang menunjukkan bahawa dia telah biasa melakukan rompakan.

image is not available
Kredit: FB Borneo Network

Suspek juga memegang parang dan mengugut salah seorang pekerja pasar raya. Mangsa kelihatan panik dan hanya mampu berdiri di situ dan melihat suspek melarikan mesin kaunter wang pasar raya tersebut.

Menurut laporan terkini, Ketua Polis Padawan, Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad menyatakan bahawa satu pasukan khas telah dibentuk untuk menjejaki suspek-suspek tersebut.

Abang Zainal menambah suspek dipercayai warga tempatan berdasarkan loghat mereka.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved