Pascabayar Maxis & Hotlink 2024 dinaik taraf, kuota berganda dan tanpa had

LocalTechnology
10 Oct 2024 • 7:16 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Telco terkenal Malaysia, Maxis, umum telah perkemaskan penawaran pelan pascabayar untuk Maxis Postpaid dan juga Hotlink Postpaid. Ada yang diberikan kuota berganda, ada juga yang diberikan kuota tanpa had. Baca lebih lanjut untuk maklumatnya.

image is not available

Kemas kini Maxis Postpaid 2024

Sebanyak 5 pelan pascabayar Maxis telah dinaik taraf penawarannya. Empat daripada lima iaitu Maxis Postpaid 79, Postpaid 109, Postpaid 139, Postpaid 169, dan Postpaid 199 telah dinaik taraf daripada diberikan kuota asas Internet kepada kuota Internet tanpa had (4G/5G).

Namun, tiada naik taraf pada talian tambahan sekiranya anda ingin letakkan ia dibawah talian utama baharu ini. Maxis Postpaid Share 48 masih diberikan kuota 50GB.

Maxis Postpaid 79 pula telah diberikan kuota lebih banyak berbanding sebelumnya. Penawaran asal adalah kuota Internet 80GB (4G/5G) dan 80GB (5G) telah ditukar kepada 300GB (4G/5G). Tiada sebarang talian tambahan boleh ditambah di bawah Maxis Postpaid 79.

image is not available

Kemas kini Hotlink Postpaid 2024

Kalau di Maxis Postpaid kuota dipindahkan ke tanpa had, di Hotlink Postpaid kuota telah dilipatgandakan. Sebanyak 3 pelan pascabayar Hotlink telah terlibat iaitu Hotlink Postpaid 45, Postpaid 60, dan Postpaid 70. Kini, pelan Hotlink Postpaid 2024 mempunyai kuota minimum 100GB dan boleh pergi sehingga 300GB.

Kuota ini boleh digunakan untuk hotspot dan semua pelan diberikan panggilan suara dan SMS tanpa had. Sebelum terlupa, Hotlink Postpaid 70 ada ciri perayauan antarabangsa percuma untuk Singapura, Thailand, dan Indonesia jadi kalau anda pergi ke salah satu negara itu, tak perlu melanggan pas tambahan kerana kuota sedia ada boleh digunanakan di sana.

Pelanggan Maxis & Hotlink Postpaid dinaik taraf secara berfasa

Menurut Maxis, naik taraf ini akan meliputi semua pelanggan sedia ada dan yang baharu. Buat pelanggan sedia ada, naik taraf sedang berjalan dan dijangka selesai sebelum 5 November 2024. Di pihak pengguna, anda tak perlu lakukan apa-apa dan hanya perlu pastikan aplikasi Maxis dikemas kini untuk lihat sama ada langganan anda telahpun dinaik taraf ataupun tidak.

Anda boleh layari laman rasmi Maxis Postpaid dan Hotlink Postpaid untuk maklumat lanju.