Pascabayar Xpax lancar pelan “unlimited” baharu, RM65/bulan dengan 1,000GB FUP

Digital
16 Mar 2023 • 2:39 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

CelcomDigi telah mengumumkan satu produk baharu di bawah keluarga pascabayar mereka. Xpax Postpaid Unlimited 75 ditawarkan pada harga RM75/bulan tapi dalam tempoh terhad, ia boleh dilanggan pada harga RM65/bulan. Di bawah pelan ini, anda beroleh capaian Internet dengan FUP 1,000GB pada kelajuan 10Mbps.

image is not available

Pada kelajuan itu, ia adalah yang terpantas dalam penawaran Celcom sekarang. Pelan "tanpa had" kedua terpantas dalam penawaran Celcom sekarang adalah di bawah keluarga prabayar yang berikan akses selaju 6Mbps dan FUP 50GB sahaja.

Selain daripada FUP 1,000GB dan kelajuan 10Mbps, pelanggan turut menerima kuota hotspot sebanyak 10GB bersama-sama panggilan suara tanpa had. Kuota SMS tidak disediakan dan kadar untuk hatar SMS adalah pada RM0.20/SMS.

Satu sahaja kekurangan Xpax Postpaid Unlimited 75 iaitu ia tidak didatangkan dengan sambungan 5G. Dua lagi pelan iaitu Xpax Postpaid 60 dan Xpax Postpaid 40 ada 5G kalau-kalau anda ingin merasakan teknologi generasi baharu itu.

image is not available

Cara untuk anda menikmati potongan harga RM10 untuk langganan bulanan adalah dengan mendaftarkan diri di bawah kontrak 12 bulan.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan