Pasir Puteh dilanda ribut

9 Aug 2022 • 4:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba sedang memotong pokok yang tumbang menimpa sebuah lori dalam kejadian ribut pada Isnin. - Foto Ihsan JBPM

PASIR PUTEH - Bandar Pasir Puteh, Tok Bali, Gong Kubur dan kawasan sekitar di sini dilanda ribut pada petang Isnin Kejadian tersebut yang berlaku sekitar jam 6 petang itu menyebabkan beberapa batang pokok besar tumbang dan menghalang laluan selain merosakkan gerai jualan dan rumah penduduk. Hasil perkongsian warganet menerusi laman sosial Facebook mendapati gerai jualan di Pasir Puteh Sentral dan kawasan sekitar mengalami kerosakan selepas diterbangkan angin dalam kejadian ribut tersebut. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pokok tumbang di Kampung Gong Kubur pada jam 6.08 petang. "Seramai lapan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi untuk kerja-kerja memotong pokok tersebut dan membersihkan lokasi kejadian. "Setelah selesai operasi tersebut, anggota bomba bergegas ke lokasi kedua pokok tumbang yang menghempap sebuah lori berhampiran kilang padi di sini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa. Menurutnya, kedua-dua operasi itu tamat sepenuhnya pada jam 7.38 malam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved