
Kota Kinabalu: Persatuan Anak Seni Iranun Sabah (Pasis) diharap mampu menjadi wadah kepada usaha memperkasa seni dan kebudayaan masyarakat Iranun di negeri ini.
Ketua Bahagian Bersatu Kota Belud, Datuk Japlin Akim (gambar) berkata, persatuan kebudayaan tempatan itu mampu menjadi penggerak dan mengangkat tradisi Iranun untuk diketahui semua kerana masih ramai yang tidak tahu tentang keunikan budaya dan seni dalam suku kaum itu.
“Sebagai sebuah persatuan, pasti peranan utama dan fokus adalah untuk mengangkat motif suku kaum Iranun, untuk diketahui, dikenali dan difahami oleh masyarakat lain secara amnya.
