Warganegara Malaysia kelak boleh mendapatkan pasport yang mempunyai tempoh sah laku sehingga 10 tahun. Sebelum ini tempoh sah pasport Malaysia ialah hanya selama 5 tahun. Makluman ini diterbitkan menerusi Perundangan Persekutuan di bawah Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2026.
Permohonan untuk pasport 10 tahun ini ialah RM350 seorang. Untuk golongan warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas pula, bayaran dikenakan ialah RM175.00 dengan ia bersamaan potongan 50%. Bagi golongan orang kurang upaya (OKU) berumur 18 tahun ke atas yang berdaftar di bawah Akta OKU 2008, serta kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia pula, ia boleh dimohon secara percuma tanpa sebarang bayaran dikenakan.

Walau bagaimanapun, Jabatan Imigresen belum mengesahkan secara terbuka bila permohonan pasport 10 tahun akan bermula atau sama ada ia telah pun dilancarkan kepada orang ramai. Diterbitkan di bawah P.U. (A) 208/2026, pindaan itu menandakan perubahan ketara pada sistem pasport Malaysia.
Biarpun ketetapan kadar baharu ini sudah pun sah dan mula dikuatkuasakan serta-merta pada tarikh warta, dokumen ini menyatakan ia kekal akan dibentangkan di Dewan Rakyat mengikut keperluan Seksyen 4 Akta Fi 1951.
Sumber – Rnggt




