Pasport terbang: 3 anggota penguat kuasa direman 6 hari

18 Jul 2024 • 4:43 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KOTA KINABALU – Tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan direman enam hari bermula esok bagi membantu siasatan berhubung aktiviti sindiket pemalsuan pembaharuan pasport atau 'pasport terbang' di negeri ini.

Perintah reman terhadap mereka dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali di sini hari ini.

Terdahulu permohonan reman terhadap ketiga-tiga anggota penguat kuasa itu dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua daripada tertuduh masing-masing diwakili peguam Luqman Syazwan Zabidi dan Elhanan James manakala seorang lagi tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tahanan reman terhadap anggota penguat kuasa terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

SPRM dilaporkan menahan tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan, berusia antara 40-an hingga 50-an kira-kira 2 petang semalam, ketika mereka hadir memberi keterangan di pejabat agensi itu di sini.

Sindiket berkenaan dipercayai bergerak aktif sejak tahun lepas dan dikatakan telah memberikan rasuah sebanyak RM300,000 kepada anggota penguat kuasa terbabit. - 18 Julai, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved