Passkey Kini Boleh Digunakan Pada Semua Akaun Microsoft Termasuk 365 Dan Copilot

TechnologyDigital
3 May 2024 • 11:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Passkey adalah kaedah log masuk ke sesuatu akaun tanpa kata laluan. Ciri ini mula menjadi popular sejak tahun lepas kerana ia lebih selamat berbanding memasukkan kata laluan. Passkey menggunakan imbasan wajah, cap jari atau juga kunci sekuriti fizikal. Terbaru, Passkey telah disokong pada semua aplikasi dan perkhidmatan Microsoft.

image is not available

Pengguna akaun Microsoft boleh menggunakan Passkey tanpa kira peranti Windows, iOS atau juga Android. Dengan peranti Windows, Passkey adalah sama ada dengan Windows Hello berasaskan wajah atau juga imbasan cap jari. iOS pula adalah dengan Face ID dan peranti Android dengan imbasan cap jari juga.

image is not available

Bagi yang tidak tahu, Microsoft adalah antara yang terawal memandang serius terhadap log masuk ke akaun tanpa kata laluan. 2015, Windows Hello diperkenalkan dan 2018 ia mula menerima pengiktirafan FIDO. Kini Passkey boleh digunakan untuk log masuk akaun Copilot, Microsoft 365, Skype, dan lain-lain dengan mudah. Passkey turut digunakan oleh Apple, Nintendo, Google dan ramai lagi.

Untuk menetapkan Passkey pada akaun Microsoft anda, tekan pautan ini.