Passport Malaysia Meningkat Ke Tangga 12 Paling Berkuasa Dunia – Singapura Kekal Teratas

TechnologyDigital
24 Jul 2024 • 10:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Indeks pasport paling berkuasa dunia oleh Henley & Partners telah diterbitkan hari ini. Pasport Malaysia meningkat ke tangga ke-12 paling berkuasa di dunia tahun ini berbanding tangga ke-14 tahun 2023. Pemegang pasport Malaysia dibenarkan pergi ke 182 negara tanpa memerlukan visa berbanding 179 negara tahun lalu.

image is not available

Ini adalah kedudukan terbaik Malaysia sejak 2014 di mana pasport negara berada di tangga ke-8. Pasport paling berkuasa di dunia masih kekal di tangan Singapura yang membenarkan perjalanan ke 192 destinasi tanpa memerlukan visa. Di rantau Asia Tenggara Malaysia tangga kedua manakala di peringkat Asia pula kita di tangga ke empat di belakang Singapura, Jepun dan Korea Selatan.