
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyeru persatuan etnik di Sabah menggalakkan generasi muda mempelajari warisan budaya masing-masing di samping tahu bertutur dalam bahasa ibunda mereka.
Beliau berkata identiti etnik negeri akan hilang jika bahasa ibunda dan warisan budaya mereka tidak dipelihara.
“Sehubungan itu, saya menyeru semua pemimpin etnik di negeri ini untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan warisan budaya terus terpelihara untuk kita dan generasi akan datang.
“Dalam usaha gigih kita untuk membangunkan negeri, kita tidak mengabaikan kepentingan adat dan kepelbagaian budaya kerana ia merupakan aspek penting dalam kehidupan yang melambangkan identiti sesebuah bangsa untuk terus dipelihara dan dimartabatkan.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Usaha ini bukan sahaja untuk memastikan identiti kaum tidak terhakis oleh kemodenan dan teknologi tetapi juga mampu menyumbang kepada pembangunan negeri, khususnya dalam aspek pelancongan,” katanya pada sambutan Hari Etnik Sabah 3.0 di Kota Kinabalu pada 10 Okt. Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Ulang Tahun Ke-70 Yang Dipertua Negeri.
Hajiji berkata, bagi memperkasa khazanah budaya, Kerajaan Negeri telah menganjurkan beberapa program berkaitan antaranya Festival Muzium dan Kebudayaan 2023 bagi memperkenalkan dan mempromosikan kreativiti etnik.
Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata pelancaran Album Lagu Rakyat Etnik Sabah merupakan penghargaan khas kepada persatuan yang memberi sumbangan dalam memulihara warisan tradisi lisan dalam bentuk lagu-lagu rakyat yang telah direkodkan pada tahun lepas.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
