Pasukan Argentina mara ke final Piala Dunia 2022, 10 fakta wanita perlu tahu

14 Dec 2022 • 11:31 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

DEMAM Piala Dunia Qatar 2022 tidak kunjung reda. Sejak bermula 20 November lalu, pelbagai kisah menarik menjadi bualan warga maya.

Terbaru, pasukan Argentina baharu sahaja menempah tiket untuk mara ke final meraih kemenangan besar 3-0 ke atas Croatia.

image is not available

Dalam aksi separuh akhir di Stadium Lusail, Lionel Messi sekali lagi menjadi orang penting di sebalik kejayaan skuad itu.

Pada peringkat akhir, Argentina sama ada akan bertemu Perancis atau Maghribi.

Dalam pertemuan dengan Croatia, Argentina akhirnya berjaya merobek gawang lawan dengan sepakan penalti Messi pada minit ke-34. Ia berpunca daripada kekasaran yang dilakukan penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic ketika dia cuba menghalang larian pantas Julian Avarez.

Pasukan Argentina sememangnya hebat yang sering menjadi saingan sengit kepada pasukan-pasukan terkemuka. Berikut menarik 10 fakta menarik mengenainya:

1-Pasukan Argentina membuat kemunculan pertama pada Piala Dunia 1930.

2-Pernah menjadi juara Piala Dunia pada tahun 1978 dan 1986.

image is not available
Aksi pemain Argentina, Diego Maradona pada Piala Dunia 1986.

3-Naib juara Piala Dunia pada tahun 1930, 1990, 2014 .

4-Tiga kali menjuarai Copa Amerika iaitu pada tahun 1991, 1993 dan 2011.

5-Lionel Messi, Lisandro Martinez, Cristian Romero dan Lautaro Martinez adalah antara pemain Argentina yang ‘mahal’.

6-Penjaring terbanyak Argentina ialah Gabriel Batistuta, Lionel Messi dan Hernán Crespo.

7-Javier Zanetti, pemain posisi pertahanan dan tengah paling banyak mewakili Argentina.

8-Pasukan negara itu hanya tertinggal empat kali Piala Dunia. Argentina menarik diri pada tahun 1938, 1950 manakala bagi Piala Dunia 1954 dan 1970 pasukan itu tidak berlayakan.

image is not available

9-Messi adalah antara pemain Argentina yang paling berpengaruh. Beliau sudah membawa Argentina memenangi pelbagai liga sepanjang kariernya.

10-Jaringan penalti Messi ketika bertemu Croatia menyamakan kedudukan dengan penjaring terbanyak Piala Dunia 2022 yang juga pemain perancis , Kylian Mbappe dengan lima gol. Ia sekali gus mengatasi rekod pemain legenda Argentina, Gabriel Batistuta sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia dengan 11 gol.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan