
Kota Kinabalu: Pemain-pemain dari Sekolah St Michael, Penampang meraih tempat kedua dalam kategori Bawah-15 kejohanan ragbi 7 sebelah Bintulu yang diadakan di padang Universiti Putra Malaysia (UPM) di Bintulu, Sarawak baru-baru ini.
Mereka tewas 0-36 kepada SMK Telok Mas (Akademi Ragbi Melaka) di final untuk menamatkan saingan sebagai naib juara.
Pasukan sama turut menewaskan St Michael 20-0 di peringkat kumpulan, tetapi mereka berjaya mara selepas seri 10-10 dengan SMKP Abdul Taib Mahmud (Sarawak) dan menang 38-0 menentang MRSM Mukah (Sarawak).
Mereka akhirnya mara ke final selepas menewaskan SMS Miri (Sarawak) 27-10 di pusingan separuh akhir.
Pasukan diketuai pengurus pasukan Mitchell Wong dengan Deidre Daryl Dasing sebagai ketua jurulatih dibantu oleh Josephine Joseph.
Sementara itu, kejohanan dua hari itu dianjurkan oleh UPM Kampus Bintulu sempena dengan Konvokesyen UPM ke-46.
Sebanyak 42 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan itu dan lima kategori diadakan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


