Pasukan Bolasepak Palestin Mungkin Tidak Akan Sertai Pesta Bola Merdeka

10 Oct 2023 • 10:34 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
pesta bola merdeka

Pasukan bolasepak kebangsaan Palestin mungkin akan tarik diri dari Pesta Bola Merdeka yang akan berlangsung tidak lama lagi susulan keadaan huru hara di negara mereka.

Tidak dapat sertai kerana keadaan negara

Memetik perkongsian dari footballpalestine, beberapa sumber memaklumkan yang mereka tidak akan turun menyertai Pesta Bola Merdeka pada minggu ini berpunca daripada situasi keganasan yang menyebabkan lebih seribu orang terkorban.

Ia sekaligus menimbulkan keraguan untuk mereka hadir ke Kuala Lumpur bagi menyertai temasya tersebut.

“Pada hujung minggu terdapat usaha untuk membawa pemain keluar dari negara itu dan rancangannya adalah untuk berlepas pada hari Isnin.”

“Kakitangan kejurulatihan adalah yang pertama mencuba dan membuat jalan ke lintasan darat tetapi tidak dapat menjumpai laluan.” menurut sumber.

Tidak dapat keluar untuk sertai Pesta Bola Merdeka

Dalam pada itu, ada juga pemain yang gagal mendapatkan teksi untuk membawanya keluar untuk menyeberangi sempadan negara.

“Seorang pemain memberitahu Football Palestine bahawa dia tidak dapat mencari teksi yang sanggup membawanya ke Jericho untuk menyeberangi sempadan kerana keadaan keadaan

“Seorang lagi pemain, dari Kota Lama Jerusalem, tidak dapat meninggalkan rumahnya kerana kumpulan pengganas yang berkeliaran di jalanan mencari orang Arab untuk dipukul,” jelas mereka lagi.

image is not available

Susulan daripada, pihak penganjut terpaksa mengubah sedikit format pertandingan dan hanya mengekal tiga pasukan sahaja selepas Palestin menarik diri memandangkan sukar untuk mencari pasukan lawan baharu pada saat akhir.

Buat masa ini, Pesta Bola Merdeka akan bermula pada 13 Oktober 2023 jika tiada sebarang pembaharuan jadual dibuat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved