Pasukan Forensik Bukit Aman Periksa Rumah Zalina Azman

Politics
6 Sep 2022 • 5:49 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pasukan Forensik dari Bukit Aman telah memeriksa rumah Zalina Azman pagi tadi bagi mencari jika terdapat bukti-bukti baharu. - Gambar fail

SHAH ALAM - Pasukan forensik dari Bukit Aman hari ini memeriksa rumah bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau dikenali sebagai Zalina Azman bagi meneruskan siasatan kes kehilangan wanita itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata bagaimanapun hasil pemeriksaan tidak menemukan sebarang petunjuk bagi perkembangan siasatan kes itu.

"Pemeriksaan pada kira-kira 10 pagi tadi dilakukan bagi mencari jika terdapat bukti-bukti baharu," katanya dalam kenyataan hari ini. 

image is not available
Zalina Azman

Polis menerima laporan mengenai kehilangan Zalina, 58, daripada anak lelakinya Mikhael Norman, 33, pada 29 November tahun lepas yang cuba menghubunginya sejak 24 November bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.

Polis percaya Zalina masih berada di dalam negara susulan tiada pergerakan keluar membabitkannya yang dikesan pihak berkuasa setakat ini. - Bernama